Profile Picture

Raja Fatin *******

Degree (Non Education Faculty) - Bachelor of Arts (Honours) (English For Professionals)

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Graduated)

Pasir Puteh, Kelantan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya, Fatin Nurbatrisyia, merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan mesra dalam membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka. Saya adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Inggeris untuk Profesional dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperoleh keputusan cemerlang PNGK 3.83 dalam STPM.

Saya mengajar Bahasa Melayu dan English untuk sekolah rendah, serta Sejarah bagi sekolah rendah dan menengah. Saya percaya setiap anak mempunyai potensi tersendiri, cuma perlukan pendekatan yang betul untuk menyerlah. Oleh itu, saya akan menyesuaikan cara pengajaran mengikut tahap dan gaya pembelajaran setiap pelajar supaya mereka lebih mudah faham dan yakin.

Dalam sesi pembelajaran, saya menggunakan pendekatan yang santai tetapi berfokus. Saya menyediakan nota ringkas, latihan yang sesuai, serta bimbingan langkah demi langkah agar pelajar tidak rasa tertekan. Saya juga memberi penekanan kepada kemahiran menulis, tatabahasa, dan teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul.

Saya seorang yang sabar, mudah didekati, dan komited untuk memastikan setiap pelajar selesa semasa belajar. Saya juga akan memantau perkembangan pelajar dan berkongsi maklum balas dengan ibu bapa dari semasa ke semasa.

Matlamat saya adalah untuk membantu pelajar bukan sahaja improve result, tetapi juga membina keyakinan diri dan minat belajar.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pembelajaran, saya menggunakan pendekatan yang santai tetapi berstruktur supaya pelajar lebih mudah faham dan tidak cepat bosan. Saya menggabungkan teknik interaktif seperti kuiz ringkas, soalan lisan dan contoh dalam kehidupan harian untuk membantu pelajar lebih relate dengan apa yang dipelajari. Saya juga menyediakan nota yang ringkas, padat dan mudah diingat serta latihan bertahap untuk membina keyakinan mereka secara perlahan tetapi konsisten.

Selain itu, saya memberi fokus kepada teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul, termasuk cara memahami kehendak soalan, pengurusan masa dan strategi untuk mendapatkan markah penuh. Latihan akan dibuat secara berulang sehingga pelajar benar-benar mahir dan lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan.

Sebagai tutor, saya seorang yang sabar, mudah didekati dan sentiasa komited terhadap perkembangan pelajar. Saya juga akan memantau kemajuan mereka dari semasa ke semasa serta berkongsi maklum balas dengan ibu bapa supaya mereka sentiasa tahu tahap perkembangan anak mereka.

Matlamat saya adalah untuk membantu pelajar bukan sahaja meningkatkan keputusan peperiksaan, tetapi juga membina keyakinan diri, minat belajar dan disiplin yang berterusan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sejarah
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5