Profile Picture

Nurul Alis *******

Degree (Education Faculty) - BACHELOR OF SCIENCE EDUCATION (HONS.) MATHEMATICS

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Graduated)

Tumpat, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training Matematik Sek Menengah Bawah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Nuru Alis Athira binti Mohd Farezal dan boleh dipanggil Alis. Saya merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan mempunyai minat yang tinggi dalam bidang Matematik. Saya berkemampuan untuk mengajar subjek Matematik dan Matematik Tambahan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah. Pengalaman saya dalam mengajar bermula sejak di bangku sekolah menengah apabila saya sering membantu adik-adik serta sepupu memahami pelajaran mereka. Selain itu, saya juga pernah menjalankan kelas tuisyen kecil untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka. Saya seorang yang berdedikasi dan bersemangat untuk menjadikan Matematik lebih menarik serta mudah difahami. Saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi untuk berjaya sekiranya mereka dibimbing dengan pendekatan yang sesuai dengan cara pembelajaran masing-masing. Matlamat saya sebagai pendidik adalah untuk membantu pelajar memahami konsep Matematik dengan lebih jelas serta mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Teaching Method(s)
Bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai, saya akan menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap pemahaman dan keperluan setiap pelajar. Pendekatan ini membantu pelajar memahami konsep dengan lebih jelas dan berkesan. Saya menggunakan pelbagai strategi pengajaran yang sesuai seperti pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran koperatif serta latihan yang terancang untuk mengukuhkan kefahaman pelajar. Selain itu, saya juga mengaitkan topik pembelajaran dengan contoh dalam kehidupan seharian supaya pelajar lebih mudah memahami konsep yang dipelajari. Saya juga menggalakkan pelajar untuk aktif bertanya soalan dan melibatkan diri dalam sesi pembelajaran bagi meningkatkan keyakinan serta minat mereka terhadap pelajaran.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 3 Tingkatan 2 Tingkatan 1 Darjah 6 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 1 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5