Profile Picture

Ainaa

Degree (Non Education Faculty) - ACCA

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Ampang, Selangor

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

Online Class Preparation

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai dan Assalamualaikum, saya Ainaa Sufia. Saya mempunyai pengalaman membantu rakan-rakan memahami subjek Matematik sejak di bangku sekolah, serta pernah dilantik sebagai mentor bagi subjek Fizik semasa Tingkatan 5. Ini menunjukkan kepercayaan yang diberikan oleh guru terhadap kebolehan saya dalam membimbing pelajar lain. Dari segi akademik, saya memperoleh keputusan SPM yang cemerlang dan kini memiliki kelayakan profesional dalam bidang perakaunan (ACCA). Sebagai bekas pelajar sekolah berasrama penuh, saya juga terbiasa dengan teknik belajar yang berdisiplin dan berkesan. Saya akan membantu pelajar bukan sahaja memahami topik, tetapi juga membina keyakinan dan cara belajar yang betul. Saya seorang yang sabar, mudah didekati, dan akan memastikan pelajar belajar dalam suasana yang selesa, tidak tertekan dan tidak takut untuk bertanya soalan.
Teaching Method(s)
Saya percaya bahawa pembelajaran yang efektif memerlukan disiplin, konsistensi, dan usaha berterusan. Pada pandangan saya, ulang kaji melalui soalan-soalan tahun lepas merupakan salah satu strategi yang sangat berkesan kerana ia membantu pelajar mengenal pasti tahap pemahaman mereka terhadap sesuatu topik atau subjek. Selain itu, penggunaan peta minda juga merupakan teknik yang efektif, terutamanya bagi subjek yang memerlukan hafalan, kerana ia memudahkan pelajar mengingati poin-poin penting dengan lebih sistematik. Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam subjek seperti Sains dan Sejarah.
Subject
Subject School Level
Matematik
Asas (Basic) Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4
Prinsip Perakaunan
Tingkatan 4 Tingkatan 5