Profile Picture

Khairulbariyyah Binti *******

Degree (Non Education Faculty) - Undang-Undang

Universiti Sultan Zainal Abidin (Gong Badak) (Graduated)

Kepong, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan hai semua, saya Cikgu Bariyyah. Saya berpengalaman mengajar adik-adik saya semasa zaman persekolahan dan beberapa rakan sekelas di sekolah menengah. Subjek-subjek yang saya ajar rakan-rakan semasa zaman persekolahan adalah subjek-subjek yang ada peperiksaan ketika itu, terutamanya subjek-subjek keagamaan dan bahasa Arab. Manakala saya mengajar semua subjek yang adik-adik saya mempunyai pertanyaan, termasuklah Sejarah dan Bahasa Inggeris. Selain itu, saya juga turut mengajar beberapa rakan rapat mengaji al-Quran semasa belajar di universiti. Semasa di peringkat universiti, saya juga melatih beberapa rakan junior untuk pertandingan mooting, suatu pertandingan mahkamah olok-olok yang mana para pelajar jurusan Undang-undang dapat melatih kemahiran berbicara dan berhujah dalam mahkamah. Setakat ini, semua rakan yang pernah saya ajar berjaya capai matlamat masing-masing dan ada antara mereka pernah memenangi pertandingan mooting tersebut.
Teaching Method(s)
Bagi saya, yang penting adalah pelajar tersebut dapat memahami untuk mengingati dan mempraktikkan apa yang dipelajari. Justeru, saya mempunyai matlamat untuk pelajar tersebut memahami apa yang dipelajari dan bukan sekadar menghafal semata-mata. Saya juga akan menyediakan beberapa kuiz yang bersesuaian untuk memperkukuh ingatan dan kemahiran pelajar tersebut.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Mengaji
Membaca B. Melayu
Tadika
Public Speaking
Foundation STPM - Tingkatan 6 Universiti - Ijazah Sarjana Muda Matrikulasi Tingkatan 5
3M (Bahasa Melayu)
Tadika