Profile Picture

Nur Farzana *******

Degree (Non Education Faculty) - Chemical Engineering Technology (Hons.)

Universiti Malaysia Pahang (Kuantan) (Graduated)

Batu Caves, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Nur Farzana, panggilan mesra untuk saya ialah Zana. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian) dari UMPSA. Walaupun saya belum mempunyai pengalaman mengajar secara formal, tetapi saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan dan bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya suatu hari nanti. Buat masa ini, saya ingin menjadi tutor secara sambilan bagi menimba pengalaman serta membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik mereka. Semasa di bangku sekolah menengah, saya pernah menjadi mentor bagi subjek Kimia dan Matematik selama 3 bulan, di mana saya perlu membantu rakan-rakan memahami konsep-konsep penting dalam silibus subjek tersebut. Saya juga telah memperolehi keputusan cemerlang dengan mendapat gred A bagi subjek Sains dan Matematik dalam peperiksaan PMR 2013 dan memperolehi gred A bagi subjek Kimia dan Matematik dalam peperiksaan SPM 2015. Buat masa sekarang, saya hanya ingin memberi fokus kepada pembelajaran subjek Sains dan Matematik untuk pelajar sekolah rendah secara talian.
Teaching Method(s)
Saya mengaplikasikan teknik pembelajaran interaktif secara dalam talian seperti penggunaan visual dan slide interaktif, whiteboard secara langsung, serta kuiz real-time bagi memastikan pelajar sentiasa fokus dan terlibat aktif. Saya juga menekankan penerangan yang ringkas dan jelas, diikuti dengan latihan pengukuhan bagi membantu pelajar memahami konsep Sains dan Matematik dengan lebih efektif.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Sains DLP
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5