Profile Picture

Jamilah Binti *******

Degree (Non Education Faculty) - Accounting

Universiti Kuala Lumpur Business School (Graduated)

Johor Bahru, Johor

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

Training Sains Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Jamilah, atau lebih dipanggil Mila. Saya merupakan individu yang berminat dalam bidang pendidikan dan mempunyai asas yang kukuh dalam subjek yang ingin diajar. Walaupun saya belum mempunyai pengalaman mengajar secara formal, saya sering membantu rakan atau ahli keluarga memahami pelajaran, terutamanya dalam subjek yang saya kuasai. Saya yakin dengan kemahiran komunikasi yang baik, kesabaran, serta kesungguhan untuk belajar, saya mampu menjadi tutor yang efektif dan memberi impak positif kepada pelajar. Saya juga bersedia untuk belajar dan meningkatkan kemahiran pengajaran dari semasa ke semasa. Saya memberi tumpuan utama kepada subjek Matematik dan Sains bagi murid sekolah rendah. Dengan pendekatan pengajaran yang kreatif dan mesra pelajar, saya ingin menjadikan subjek yang sering dianggap sukar ini lebih mudah difahami dan menyeronokkan. Selain itu, saya juga mempunyai kebolehan mengajar subjek tambahan iaitu Prinsip Perakaunan. Kejayaan terbesar saya dalam mengajar sebelum ini, adalah apabila melihat perubahan ketara dalam diri mereka. Daripada tidak tahu mengira dan membaca, mereka kini mampu menguasai kemahiran asas tersebut dengan baik.
Teaching Method(s)
Untuk subjek Matematik dan Sains, saya akan guna kaedah seperti di bawah : -

1. Gunakan kaedah “belajar sambil bermain” seperti guna kad nombor, permainan kira duit, teka-teki, kuiz mudah dan eksperimen mini.

2. Mengunakan visualkan konsep iaitu akan mengunakan penerangan atau latihan lebih kepada gambar, carta atau objek sebenar seperti pensel, gula-gula atau sebagainya.

3. Keadah " Step by step" di mana mula dengan faham nombor. Bina asas dulu, baru naik tahap. Seperti bermula dengan tambah, kemudian tolak dan seterusnya naik tahap darab dan bahagi dengan menggunakan teknik hafalan sifir yang mudah diingati.

4. Kaedah ulang dan latih secara konsisten. Dengan buat latihan pendek tapi kerap dan juga ulang konsep dengan cara berbeza dapat membantu pelajar untuk menguasai sesuatu topik dengan lebih baik.

Bagi subjek tambahan seperti Prinsip Perakaunan saya akan lebih fokus kepada , gabungan konsep + aplikasi praktikal. Subjek ini sebenarnya lebih mudah difahami bila pelajar nampak aliran wang dan situasi sebenar.
Untuk memudahkan pelajar memahami sesuatu topik, saya akan memggunakan kaedah seperti berikut :-

1. Kaedah "bercerita" sebelum masuk definisi sesuatu topik agar pelajar lebih faham bila nampak konteks.

2. Kaedah " jalan cerita akaun" iaitu ajar perakaunan macam satu cerita aliran duit. Ini akan bantu pelajar faham logik dan bukan hafalan.

3. Latihan langkah demi langkah dan banyakkan latihan situasi sebenar. Ia dapat membantu pelajar lebih memahami dan menguasai topik tersebut. Malahan, ia bantu pelajar nampak kegunaan sebenar perakaunan Saya akan fokus satu kemahiran setiap masa sebelum untuk naik tahap seterusnya.

4. Kaedah “buat sama-sama dulu”. Di mana saya akan membuat latihan bersama pelajar dan menunjukkan contoh cara memahami soalan dan teknik menjawab dengan betul sebelum beri latihan secara individu.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Prinsip Perakaunan
Tingkatan 4 Tingkatan 5