Profile Picture

Muhammad Adib *******

Degree (Non Education Faculty) - Dental Surgery

Manipal University College Malaysia (Ongoing Study)

Paya Rumput, Melaka

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya ialah Muhammad Adib bin Zahirrudin. Nama panggilan saya ialah Adib. Saya mempunyai pengalaman mengajar kemahiran, iaitu mengajar bermain piano dan latihan Skuasy kepada kanak-kanak dan dewasa. Saya juga mempunyai pengalaman mengajar secara tidak formal semasa pelajaran Asasi Sains sebagai Guru Muda mata pelajaran Kimia. Saya pernah menjadi tutor pagi dalam mata pelajaran Biologi semasa sekolah menengah semasa tahun menduduki peperiksaan SPM. Saya pernah mengajar di sekolah menengah dan kolej asasi, dengan mata pelajaran yang saya ajar ialah Biologi dan Kimia. Jika terdapat peluang bagi mengajar mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan, saya sukarela untuk mengajar dua mata pelajaran ini, kerana saya berjaya mendapat A+ dalam kedua-dua kertas peperiksaan SPM bagi mata pelajaran ini. Kemahiran khusus yang saya miliki ialah saya dapat berbahasa Inggeris dengan baik, mahir dalam menggunakan Canva untuk menghasilkan nota dan bahan mengajar, serta mahir dalam melakar lukisan yang dapat membantu dalam proses mengajar. Saya pernah berpengalaman mengajar murid kanak-kanak dan dewasa dalam bermain piano dan sukan Skuasy. Kejayaan terbesar saya sebagai seorang tutor ialah saya berjaya mengajar dan memimpin rakan-rakan saya semasa SPM hingga kami berjaya mendapat kecemerlangan dalam SPM, serta berjaya melatih murid dalam sukan skuasy hingga mereka melayakkan diri dalam senarai akhir wakil negeri dalam sukan Skuasy.
Teaching Method(s)
Pada pendapat saya, cara mengajar terbaik ialah menyediakan latihan atau modul ulangkaji selepas sesi pembelajaran, kerana jika kerja yang dilakukan secara berulang dan penambahbaikan juga dilakukan, ilmu yang diajar akan lebih difahami dan diingati. Saya akan tunjukkan contoh dalam kehidupan sebenar bagi topik yang diajar, kerana pelajar perlu tahu sebab untuk mempelajari sesuatu topik. Selain itu, saya juga menggunakan aplikasi simulasi Desmos untuk menunjukkan konsep graf yang amat penting dalam Matematik dan Matematik Tambahan, terutamanya dalam tajuk pembezaan dan pengamiran. Murid perlu berinteraksi secara fizikal dengan konsep Matematik agar konsep lebih mudah dibayangkan semasa menjawab soalan. Saya juga memberi jadual, yang menunjukkan sesi mengulang topik yang baharu dipelajari, agar mereka cakna cara belajar yang efektif.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1
Membaca B. Inggeris
Tadika
Piano
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6