Profile Picture

Muhammad Alif *******

Diploma (Education Faculty) - Diploma Pascasswazah Pendidikan

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Seri Kembangan, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama Panggilan Mesra. Boleh panggil saya Cikgu/Ustaz Akram. Saya seorang pendidik yang komited dalam menyampaikan ilmu dengan pendekatan yang mesra, sabar dan mudah difahami oleh semua peringkat umur. Saya telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 6 tahun, dengan pengkhususan dalam pengajaran Iqra’, Tajwid dan Bahasa Arab. Saya sentiasa berusaha menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap dan keperluan pelajar agar mereka dapat memahami serta menguasai asas bacaan Al-Quran dengan baik. Selain itu, saya juga menekankan kepentingan sebutan yang tepat serta kefahaman dalam pembelajaran Bahasa Arab supaya pelajar bukan sahaja membaca, tetapi juga memahami. Antara kejayaan yang paling membanggakan bagi saya ialah apabila ramai pelajar yang pada awalnya tidak mengenal huruf hijaiyah berjaya membaca Al-Quran dengan lancar dalam tempoh yang ditetapkan. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi untuk berjaya, dan dengan bimbingan yang betul serta kesungguhan, mereka mampu mencapai tahap yang lebih tinggi dalam pembelajaran.
Teaching Method(s)
Dalam pengajaran Pendidikan Islam, saya mengamalkan pendekatan pembelajaran aktif dengan menggunakan beberapa teknik seperti Gallery Walk, Peta I-Think, Spin and Think, dan Role Play bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam Iqra’, tajwid dan bahasa Arab. Saya menggunakan teknik Gallery Walk dengan menyediakan beberapa stesen pembelajaran dalam kelas. Bagi Peta I-Think, saya menggunakannya untuk membantu pelajar menyusun maklumat secara sistematik. Selain itu, saya mengaplikasikan teknik Spin and Think sebagai aktiviti pengukuhan. Saya juga menggunakan teknik Role Play terutama dalam pengajaran bahasa Arab dan akhlak. Kesimpulannya, saya percaya penggunaan teknik pengajaran yang pelbagai ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan dan berkesan untuk semua pelajar.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 KAFA - Darjah 1 KAFA - Darjah 2
Pendidikan Islam
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Canva
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Arab
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6