Profile Picture

Mior Muhammad *******

Degree (Non Education Faculty) - Geology

University of Colorado Boulder, USA (Graduated)

Kampung Gajah, Perak

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Anda boleh memanggil saya Mior. Saya berpengalaman menjadi mentor sewaktu persekolahan. Saya telah mencapai semua A untuk subjek SPM saya (Bahasa Malaysia, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Pendidikan Agama Islam, Sejarah - A+, Fizik, Bahasa Inggeris - A, Biologi - A-). Fokus saya adalah untuk mengajar pelajar sekolah menengah, terutamanya subjek Matematik. Saya juga fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya berharap dapat membantu ramai pelajar mendapatkan kefahaman dan keputusan yang cemerlang di bawah bimbingan saya.
Teaching Method(s)
Saya menekankan pentingnya memahami konsep dan asas dahulu dalam setiap pelajaran. Ini akan memudahkan pelajar untuk menjawab soalan yang lain dari kebiasaan. Saya suka menggalakkan pelajar untuk bertanya mengapa langkah-langkah tertentu perlu diikuti supaya berlaku perbincangan antara pelajar dan tutor, bukan hanya komunikasi satu arah. Saya juga suka menggunakan situasi kehidupan sebenar atau data dalam membuat soalan supaya pelajar dapat melihat kaitan antara apa yang dipelajari dengan situasi kehidupan sebenar.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3