Profile Picture

Nurul Liyana *******

Diploma (Education Faculty) - Diploma pendidikan awal kanak kanak

Kolej Uniti (Graduated)

Machang, Kelantan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai, saya Ikaa. Saya merupakan graduan diploma pendidikan awal kanak-kanak. Saya pernah menjalani praktikum di taska dan prasekolah. Saya juga pernah menjadi seorang guru ganti di sekolah rendah dan mengajar subjek Bahasa Melayu untuk pelajar tahun 1, 2, dan 3. Saya juga mahir dalam Jawi dan Bahasa Arab asas. Saya juga boleh mengajar membaca, menulis, dan mengira, serta mengajar mengaji Iqra. Saya juga seorang yang penyabar dan sangat suka membuat aktiviti belajar sambil bermain untuk menarik minat pelajar dalam fokus terhadap pembelajaran. Saya juga suka membuat aktiviti yang melibatkan otak seperti soal jawab, teka-teki, dan berkomunikasi untuk melatih kemahiran berfikir mereka. Kejayaan terbaik saya adalah apabila saya berjaya membantu pelajar untuk subjek yang lemah, dari zero to hero.
Teaching Method(s)
Teknik menarik yang saya selalu gunakan adalah mengajar step by step supaya mudah untuk saya tahu di mana kelemahan seorang pelajar. Saya juga akan menekankan untuk subjek atau silibus yang pelajar lemah. Saya akan menggunakan pelbagai teknik supaya pelajar fokus dan faham. Saya akan menyediakan bahan bantu mengajar supaya pelajar mudah untuk faham apa yang diajarkan. Saya akan membuat soal jawab untuk melihat tahap kefahaman seorang pelajar, jika pelajar masih ragu-ragu, saya akan membantunya sehingga mencapai objektif pembelajaran. Setiap kali kelas, saya akan memberi latihan untuk menilai pelajar tersebut dan saya akan meninggalkan homework untuk pelajar tersebut mengulangkaji apa yang diajar. Untuk hafalan sesuatu pembelajaran, saya menggunakan teknik nyanyian untuk memudahkan pelajar menghafal.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika
Membaca B. Melayu
Darjah 3 Darjah 1 Darjah 2
Bahasa Melayu
Darjah 1
Pendidikan Islam
Darjah 1 Darjah 2
Jawi
Darjah 2 Darjah 2 Darjah 1 Darjah 3
3M (Bahasa Melayu)
Tadika
Komunikasi Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Menulis
Tadika Darjah 1 Darjah 2
Jawi / Bahasa Arab asas
Darjah 1 Darjah 2 KAFA - Darjah 1 Darjah 2