Profile Picture

Arif Sazmi *******

Degree (Education Faculty) - BAHASA MELAYU & SEJARAH

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) Kampus Darulaman (Ongoing Study)

Sungai Petani, Kedah

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya ialah Arif Sazmi bin Abu Kasim atau lebih dikenali sebagai Arif oleh murid-murid saya dan masyarakat sekeliling. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama setahun sebagai personal tutor bagi calon SPM 2024 dan kini saya juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Pusat Tuisyen Genius Gemilang di tiga cawangan sekitar Kedah sebagai kerja sambilan saya. Pengalaman ini banyak membantu saya memahami keperluan murid dari aspek pembelajaran dan latar belakang mereka. Saya mempunyai pengalaman mengajar murid di peringkat sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Subjek utama yang saya ajar ialah Bahasa Melayu dan Sejarah manakala bagi subjek tambahan yang saya mahir termasuklah Matematik, Prinsip Perakaunan dan Perniagaan. Saya percaya bahawa setiap murid mempunyai potensi tersendiri, justeru menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang guru untuk mencungkilnya dengan menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran yang kreatif, mudah difahami dan boleh dikaitkan pengalaman harian murid agar mereka mendapat gambaran yang jelas terhadap topik yang diajarkan. Antara kemahiran khusus yang saya miliki ialah kemahiran komunikasi yang baik, mudah membina hubungan mesra dengan murid serta mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan. Selain itu, saya juga gemar menggunakan teknik pembelajaran yang menarik seperti aktiviti interaktif, komunikasi dua hala dan pendekatan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) bagi memastikan murid lebih fokus dan terlibat secara aktif di dalam kelas tanpa pengecualian. Kejayaan terbaik yang pernah saya capai ialah membantu seorang calon SPM 2024 meningkatkan keyakinan serta pencapaiannya sehingga berjaya lulus dalam subjek Matematik dalam peperiksaanya. Pencapaian tersebut memberikan saya motivasi untuk terus membantu lebih ramai murid yang berpontensi mencapai cita-cita mereka dengan tekad dan keazaman dihati. Saya seorang yang komited, bertanggungjawab dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik demi perkembangan akademik murid yang saya uruskan.
Teaching Method(s)
Saya merupakan seorang tutor yang menitikberatkan pendekatan pembelajaran yang aktif, kreatif dan berfokus kepada perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh. Dalam sesi pengajaran, saya mengaplikasikan teknik pembelajaran aktif seperti perbincangan dua hala, pembelajaran secara kolaboratif, aktiviti berasaskan situasi dan penggunaan bahan digital yang selaras dengan elemen dalam DSKP. Saya percaya bahawa pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu topik apabila mereka terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran dan bukan hanya menerima penerangan secara satu hala semata-mata. Oleh itu, saya sering menggunakan bahan multimedia seperti video pembelajaran, kuiz interaktif, peta minda digital serta aplikasi pendidikan untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu, pendekatan utama yang saya gunakan untuk memastikan pelajar benar-benar memahami ilmu yang diajar ialah dengan mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan harian mereka. Bagi saya, pembelajaran yang berkesan bukan sekadar menghafal fakta, tetapi pelajar perlu memahami bagaimana ilmu tersebut diaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Sebagai contoh, dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah, saya akan menghubungkan isi pelajaran dengan situasi semasa, pengalaman pelajar dan realiti masyarakat supaya mereka dapat membina gambaran yang jelas terhadap sesuatu topik. Pendekatan ini mampu meningkatkan minat pelajar untuk belajar kerana mereka merasakan ilmu yang dipelajari mempunyai kaitan dengan diri mereka sendiri. Dari aspek pencapaian akademik pula, saya menerapkan teknik latihan pengukuhan secara konsisten bagi membantu pelajar meningkatkan tahap penguasaan dan daya ingatan mereka. Saya juga mengamalkan pembelajaran dua hala agar pelajar lebih berani bertanya dan memberikan pandangan semasa sesi pembelajaran berlangsung. Kaedah ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kognitif pelajar, malah mampu melatih mereka berfikir secara kritis dan matang. Saya turut menyediakan latihan berfokus, teknik menjawab soalan serta ulang kaji secara sistematik untuk membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dengan gabungan pendekatan yang interaktif, mesra pelajar dan berorientasikan kefahaman, saya yakin mampu menjadi tutor yang komited dalam membantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Perniagaan
Tingkatan 4 Tingkatan 5