Profile Picture

Amirul Suzainie

Degree (Non Education Faculty) - Bachelor in Mechanical Engineering with Honours

Universiti Teknologi Petronas (Graduated)

Puchong, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hi, saya Amirul. Saya merupakan graduan Kejuruteraan Mekanikal dari UTP. Minat saya terhadap subjek STEM telah bermula sejak kecil lagi kerana saya suka memahami bagaimana sesuatu perkara berfungsi, terutamanya dalam Matematik dan Sains. Minat ini mendorong saya untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan.

Saya telah menjadi tutor selama 5 tahun sejak tamat persekolahan, dengan fokus kepada Sains dan Matematik. Selain itu, saya juga aktif sebagai pendebat di peringkat sekolah dan universiti, yang banyak membantu saya dalam komunikasi dan penyampaian pengajaran yang lebih jelas dan berkesan. Saya menekankan pemahaman konsep terlebih dahulu, diikuti dengan latihan berstruktur untuk mengukuhkan kemahiran pelajar.
Teaching Method(s)
Pedagogi saya berpusatkan pelajar dan interaktif, di mana saya akan terlebih dahulu cuba memahami tahap kefahaman setiap pelajar serta kesukaran yang mereka hadapi sebelum memulakan pengajaran. Saya juga cuba memahami di mana mereka mula keliru atau hilang asas. Saya menekankan pemahaman konsep secara mendalam, kemudian diikuti dengan latihan pengukuhan untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan serta meningkatkan kemahiran mereka secara berkesan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 4 Darjah 5 Dewasa
Bahasa Melayu
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Fizik
Tingkatan 4 Tingkatan 5