Profile Picture

Nurul Izzah *******

Degree (Education Faculty) - Matematik

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Benut, Johor

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Boleh panggil saya Cikgu Najihah. Saya merupakan seorang guru sekolah rendah yang berpengalaman dalam mendidik murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2, terutamanya dalam subjek Sains dan Matematik. Berbekalkan latar belakang akademik yang cemerlang dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan (AddMath) sewaktu SPM, saya mempunyai asas yang sangat kuat untuk membantu murid menguasai kemahiran mengira dengan tepat. Kepakaran khusus saya adalah memudahkan konsep-konsep Matematik dan teori Sains yang nampak sukar supaya menjadi aktiviti yang mudah difahami, praktikal, dan menyeronokkan bagi kanak-kanak. Pencapaian terbaik bagi saya adalah apabila melihat murid-murid yang dahulunya kurang minat atau keliru, mula menunjukkan rasa seronok untuk belajar dan berjaya meningkatkan prestasi akademik mereka dengan impak yang ketara!
Teaching Method(s)
Dalam setiap sesi pembelajaran, saya menerapkan pendekatan yang fleksibel dan interaktif mengikut tahap penerimaan murid:
• Pembelajaran Visual & Praktikal (Sains): Untuk subjek Sains, saya suka mengaitkan teori dengan situasi harian atau eksperimen ringkas di rumah supaya murid tidak sekadar menghafal, tetapi betul-betul faham konsep asasnya.
• Teknik 'Step-by-Step' & Pecahan Konsep (Matematik): Untuk Matematik, saya menggunakan kaedah memecahkan soalan yang kompleks kepada langkah-langkah yang lebih kecil dan mudah dipahami. Saya juga fokus kepada penguasaan sifir dan asas operasi tambah, tolak, darab, bahagi secara santai tapi konsisten.
• Strategi Skor & Keyakinan Diri: Bagi membantu murid skor dengan baik, saya akan dedahkan mereka dengan teknik menjawab soalan berformat peperiksaan secara berperingkat. Setiap kesilapan akan dibincangkan bersama supaya mereka tahu di mana silapnya dan membina keyakinan diri untuk menjawab soalan yang serupa pada masa hadapan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Biologi
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Fizik
Tingkatan 4 Tingkatan 5