Profile Picture

Nur Annisa *******

Degree (Education Faculty) - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bahru (Ongoing Study)

Gombak, WP Kuala Lumpur

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam opsyen Matematik dan Sains. Saya boleh mengajar subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris. Selain itu, saya juga boleh mengajar subjek Bahasa Melayu dan English bagi sekolah rendah.
Saya seorang guru yang ceria, penyabar dan mesra dengan murid. Saya mempunyai pengalaman mengajar murid daripada pelbagai latar belakang termasuk murid sekolah Orang Asli, murid berkeperluan khas (PPKI) dan murid pendidikan inklusif. Saya percaya setiap murid mempunyai potensi tersendiri dan memerlukan pendekatan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap mereka.
Saya juga berpengalaman membimbing murid secara individu dan berkumpulan serta membantu murid meningkatkan keyakinan diri dalam pembelajaran.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah pembelajaran yang interaktif, santai dan mudah difahami mengikut tahap murid. Saya gemar menggunakan contoh daripada kehidupan harian, visual, latihan berperingkat serta teknik “step-by-step” supaya murid lebih mudah memahami sesuatu topik.
Bagi Matematik dan Sains, saya menggunakan pendekatan konsep dan pemahaman berbanding hafalan semata-mata. Saya juga menggalakkan murid untuk bertanya dan belajar dalam suasana yang selesa tanpa tekanan.
Untuk murid yang lemah atau pemalu, saya akan memberi bimbingan secara perlahan dan menggunakan aktiviti yang lebih menarik bagi meningkatkan fokus serta keyakinan mereka.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Mathematics DLP
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains DLP
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6