Profile Picture

Salsabila Farhana

Degree (Education Faculty) - BACHELOR OF EDUCATION IN TEACHING ENGLISH AS A SECOND LANGUAGE (TESL)

Universiti Poly-Tech Malaysia - UPTM (Ongoing Study)

Kuala Krai, Kelantan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Salsabila, atau lebih dikenali sebagai Salsa. Saya mengambil kos pendidikan Bahasa Inggeris peringkat Ijazah Sarjana Muda. Oleh itu, saya belajar cara membuat rancangan pengajaran, microteaching, alat bantu belajar dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan ini juga, saya pernah mengadakan acara berkaitan Bahasa Inggeris untuk murid-murid tingkatan 1 dan 2. Bukan itu sahaja, sebelum saya menceburi pendidikan TESL, saya juga pernah mengambil sains tulen semasa SPM dan STPM, jadi saya juga boleh menjadi tutor kepada Sains yang asas. Hal ini kerana saya meminati dua subjek ini, iaitu Bahasa Inggeris dan Sains. Kejayaan terbaik yang saya pernah capai ialah setiap kali microteaching, rancangan pengajaran, bbm atau apa-apa persembahan, saya selalu mendapat pujian dari pihak pensyarah dan meraih markah tertinggi. Bagi saya, itu adalah kejayaan yang terbaik sepanjang saya ceburi bidang ini.
Teaching Method(s)
Bagi saya, kaedah pengajaran yang saya akan gunakan berdasarkan apa yang telah saya belajar, iaitu menggunakan visual atau aktiviti ringan di awal pengajaran, kerana bagi saya, awal pengajaran yang menarik akan menarik minat murid untuk terus kekal belajar sehingga habis waktu belajar. Seterusnya, saya boleh menggunakan kaedah induktif atau deduktif sesuai dengan pengajaran pada waktu tersebut.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Tingkatan 1
Sains
Tadika Darjah 1
English Grammar
Tingkatan 1