Profile Picture

Nurin Iman *******

Degree (Non Education Faculty) - AUTOMATION AND ROBOTICS

Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) (Graduated)

Sungai Petani, Kedah

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang pelajar yang mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan. Saya telah menamatkan pengajian Diploma in Mechanical Engineering (Product Design) dan kini sedang melanjutkan pengajian dalam Bachelor of Engineering Technology (Automation and Robotics) with Honours. Sepanjang pengajian, saya banyak mempelajari tentang rekabentuk produk, lukisan teknikal, penggunaan perisian seperti AutoCAD dan SolidWorks serta asas automasi dan robotik. Saya juga aktif dalam aktiviti berkaitan STEM dan mempunyai pengalaman berkongsi ilmu serta membantu pelajar memahami sesuatu topik dengan lebih mudah. Saya seorang yang sabar, mesra dan mudah berkomunikasi dengan pelajar. Saya percaya setiap pelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza, jadi saya akan cuba menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap pemahaman mereka supaya sesi pembelajaran menjadi lebih selesa dan berkesan.
Teaching Method(s)
Saya lebih selesa mengajar secara online menggunakan platform seperti Google Meet atau Zoom. Kaedah pengajaran saya lebih santai tetapi fokus kepada pemahaman pelajar seperti menerangkan satu demi satu serta memberikan contoh agar pelajar tidak keliru dan senang untuk faham. Saya juga akan berikan nota ringkas dan mudah faham kepada pelajar, membantu pelajar menyelesaikan latihan bersama, menggunakan contoh situasi sebenar untuk memudahkan pemahaman, memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya tanpa rasa segan dan fokus kepada pemahaman konsep dan bukan hanya hafalan. Saya juga akan menggunakan kaedah belajar sambil bermain (Kahoot dan Quizziz dan flashcard).
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Reka Bentuk dan Teknologi
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Jawi
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
3M (Bahasa Melayu)
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6